Ramai antara kita yang hanya tahu makan coklat tetapi tidak tahu bahawa coklat sebenarnya boleh jana pendapatan lumayan.. sehingga 5 angka tu weiiii...
mungkin dulu kita terlepas pandang kan... hanya tau makan saja. Tetapi sekarang, dengan anda teruskan
pembacaan pada blog saya ini, saya akan merungkai satu persatu, Rahsia pendapatan lumayan 5angka hanya dengan coklat.
Apa yang menarik, coklat memberikan anda pulangan pendapatan sehingga 200% kali ganda. Lumayan kan! Wow! yang sioknya juga, sambil buat boleh makan sendiri lagi. Dapat makan, dapat untung lagi. Siapa yang tidak mahu kan. Teruskan pembacaan anda kerana pengalaman anda membaca blog saya ini saya jamin bahawa akan timbul idea atau buah fikiran anda untuk menjana pendapatan sehingga 5angka sebulan...hanya dengan coklat.
Baiklah.. kenapa coklat? bukan kuih, bukan kek, bukan gula-gula...? eemm.... sebab saya suka makan coklat. dan saya kemungkinan anda juga suka makan coklat. sebab kalau tidak, mana mungkin anda boleh sampai ke blog saya kan! itu sebenarnya sebab sampingan untuk saya.. yang utama, kenapa coklat? sebab ia sangat mudah dibuat dan jimat kos, dan yang paling menarik anda dapat keuntungan 200% kali ganda.
baik....
kawan-kawan..
jom cerita serba sikit tentang coklat.
untuk buat homemade coklat yang sedap, ada dua jenis coklat yang kita boleh gunaka, iaitu coklat compaund dan coklat couverter... ingat.. jangan gunakan coklat masakan untuk buat homemade coklat. Dilarang sama sekali kerana ia akan menjadikan coklat anda tak sedap langsung.. tak sesuai langsung!
Jom berkenalan dulu dengan lebih dekat apa itu coklat...? kata orang, tak kenal maka tak cinta.. kan.
- Coklat adalah gabungan beberapa bahan antaranya cocoa mask (serbuk koko) dan juga cocoa butter(lemak koko)
- Ada sesetengah coklat menggunakan 'Gentian Leman Koko' untuk dihasilkan
- Penggunaan 'Gentian Lemak Koko' yang berlebihan membuatkan coklat tersebut tidak diiktiraf sebagai coklat tulin.
- Lemak memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti sesuatu coklat.
- Semakin tinggi kandungan lemak didalam coklat, semakin tinggi kualiti coklat tersebut.
- Lemak yang biasa digunakan dalam pembuatan coklat adalah lemak koko dan juga lemak susu.
- Faktor yang membezakan rasa coklat ialah jenis biji koko, proses fermentasi (pemeraman) biji koko, penggorengan biji koko dan proses percampuran -blending biji koko.
Rakan-rakan, ada beberapa jenis 'Homemade Chocolate'
iaitu; Bar,Praline,Enrobed,Truffle,Hollow Figures,Splitter,dan Handfree
Kebanyakan 'Homemade Chocolate' selalunya yang dihasilkan ialah jenis bar,truffle dan praline. Handfree ialah jenis chocolate homemade yang jarang sekali dibuat oleh para pembuat coklat, melainkan mereka yang telah mahir dan berpengalaman... kerana ia memerlukan kreativiti.. kalau anda seorang yang tinggi kemahiran bolehlah try.
No comments:
Post a Comment