Sunday, 26 May 2013

Jenis-jenis coklat dan langkah penyediaan

Jom kita servay pula jenis-jenis coklat.
  • coklat bar - seperti yang biasa kita beli di supermarket seperti cadbury, berbentuk batang.
  • Praline - Berintikan kacang seperti Almond dan Hazel.
  • Truffle - Berintikan 'soft filling' atau Ganache
  • Enrobed - Biskut atau bahan lain yang kemudiannya disalut dengan coklat
  • Splitter - Coklat yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti 'nut' atau kacang dan dijatuhkan diatas dulang.
  • Hollow figures - coklat yang berbentuk dengan acuan khas
  • Handfree - bentuk bebas
lihat jenis-jenis coklat diatas, itu lah teknik-teknik untuk kita menghasilkan coklat 'homemade' kita.
yang penting kita kena memahirkan diri dulu dalam teknik Hollow figures, Praline dan truffle, kerana ketiga-tiga teknik ini ialah teknik asas.. jika anda telah mahir maka anda boleh sudah buat pelbagai jenis coklat yang lainnya...
Ingat! jangan ambil remeh langkah-langkah proses penyediaan 'Homemade chocolate'.

  • pastikan peralatan untuk membuat 'homemade chocolate' semuanya adalah kering.
  • pastikan suhu air panas yang digunakan untuk mencairkan coklat sekitar 70'C-80'C. Jangan menggunakan air panas yang baru mendidih pula sebab takat didih ia adalah 100'C ia akan menyebabkan kristal dalam coklat pecah. seperti buat double boil coklat atas api! (ramai yang buat kesilapan ini)
  • pastikan juga coklat betul-betul cair, cairkan sehingga berkilat.
  • semasa proses penyejukan, pastikan tidak ada makanan berbau kuat seperti durian, ikan, ubat-ubatan yang berbau lain-lain kerana ia akan menjejaskan bau dan rasa coklat tersebut.
  • simpan coklat didalam bekas kedap udara, dan masukkan dalam peti ais, simpan sekurang-kurangnya dua hari sebelum diberikan kepada costumer anda untuk mengelakkan coklat mudah cair.

Jana pendapatan dengan Coklat


Ramai antara kita yang hanya tahu makan coklat tetapi tidak tahu bahawa coklat sebenarnya boleh jana pendapatan lumayan.. sehingga 5 angka tu weiiii...
mungkin dulu kita terlepas pandang kan... hanya tau makan saja. Tetapi sekarang, dengan anda teruskan
pembacaan pada blog saya ini, saya akan merungkai satu persatu, Rahsia pendapatan lumayan 5angka hanya dengan coklat.
Apa yang menarik, coklat memberikan anda pulangan pendapatan sehingga 200% kali ganda. Lumayan kan! Wow! yang sioknya juga, sambil buat boleh makan sendiri lagi. Dapat makan, dapat untung lagi. Siapa yang tidak mahu kan. Teruskan pembacaan anda kerana pengalaman anda membaca blog saya ini saya jamin bahawa akan timbul idea atau buah fikiran anda untuk menjana pendapatan sehingga 5angka sebulan...hanya dengan coklat.
Baiklah.. kenapa coklat? bukan kuih, bukan kek, bukan gula-gula...? eemm.... sebab saya suka makan coklat. dan saya kemungkinan anda juga suka makan coklat. sebab kalau tidak, mana mungkin anda boleh sampai ke blog saya kan! itu sebenarnya sebab sampingan untuk saya.. yang utama, kenapa coklat? sebab ia sangat mudah dibuat dan jimat kos, dan yang paling menarik anda dapat keuntungan 200% kali ganda.
baik....
kawan-kawan..
jom cerita serba sikit tentang coklat.
untuk buat homemade coklat yang sedap, ada dua jenis coklat yang kita boleh gunaka, iaitu coklat compaund dan coklat couverter... ingat.. jangan gunakan coklat masakan untuk buat homemade coklat. Dilarang sama sekali kerana ia akan menjadikan coklat anda tak sedap langsung.. tak sesuai langsung!

Jom berkenalan dulu dengan lebih dekat apa itu coklat...? kata orang, tak kenal maka tak cinta.. kan.

  • Coklat adalah gabungan beberapa bahan antaranya cocoa mask (serbuk koko) dan juga cocoa butter(lemak koko)
  • Ada sesetengah coklat menggunakan 'Gentian Leman Koko' untuk dihasilkan
  • Penggunaan 'Gentian Lemak Koko' yang berlebihan membuatkan coklat tersebut tidak diiktiraf sebagai coklat tulin.
  • Lemak memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti sesuatu coklat.
  • Semakin tinggi kandungan lemak didalam coklat, semakin tinggi kualiti coklat tersebut.
  • Lemak yang biasa digunakan dalam pembuatan coklat adalah lemak koko dan juga lemak susu.
  • Faktor yang membezakan rasa coklat ialah jenis  biji koko, proses fermentasi (pemeraman) biji koko, penggorengan biji koko dan proses percampuran -blending biji koko.
Bahan-bahan yang terkandung didalam sesuatu coklat adalah lemak koko, gula,pepejal koko,susu,perasa dan pengilmusi.
Rakan-rakan, ada beberapa jenis 'Homemade Chocolate'
iaitu; Bar,Praline,Enrobed,Truffle,Hollow Figures,Splitter,dan Handfree
Kebanyakan 'Homemade Chocolate' selalunya yang dihasilkan ialah jenis bar,truffle dan praline. Handfree ialah jenis chocolate homemade yang jarang sekali dibuat oleh para pembuat coklat, melainkan mereka yang telah mahir dan berpengalaman... kerana ia memerlukan kreativiti.. kalau anda seorang yang tinggi kemahiran bolehlah try.